Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah  SWT berfirman kepada para malaikat: 
وَإِذْ  قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً  قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ  وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا  لا تَعْلَمُونَ
Wa-idz qaala rabbuka lilmalaa-ikati innii jaa'ilun  fiil ardhi khaliifatan qaaluuu ataj'alu fiihaa man yufsidu fiihaa  wayasfikuddimaa-a wanahnu nusabbihu bihamdika wanuqaddisu laka qaala  innii a'lamu maa laa ta'lamuun(a)
"Ingatlah, ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: 'Sesungguhnya  Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi'. Mereka berkata:  'Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu, orang yang  akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami  senantiasa bertasbih, dengan memuji Engkau, dan mensucikan Engkau'. Rabb  berfirman: 'Sesungguhnya, Aku mengetahui, apa yang tidak kamu  ketahui'." – (QS.2:30)
Terdapat perbedaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal  menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai  khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di  mana kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di  dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan  pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam  melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia  adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini. 
Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah  ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya:  "Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang pun?"  Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya." 
Berkenaan dengan ayat tersebut, para mufasir memberikan komentar  yang beragam. Dalam tafsir al-Manar disebutkan: "Sesungguhnya ayat- ayat ini termasuk ayat-ayat mutasyabihat yang tidak dapat ditafsirkan  zahirnya. Sebab, di lihat dari ketentuan dialog (at-Takhathub) ia  mengandung konsultasi dari Allah SWT. Tentu yang demikian itu mustahil  bagi-Nya. Di samping itu, ia juga mengandung pemberitahuan dari-Nya  kepada para malaikat yang kemudian diikuti dengan penentangan dan  perdebatan dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan  bagi para malaikat-Nya. Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna  cerita tersebut pada sesuatu yang lain." 
Sedangkan dalam tafsir al-Jami' li Ahkamil Qur'an disebutkan:  "Sesungguhnya Allah telah memberitahukan kepada para malaikat-Nya,  bahawa jika Dia menjadikan ciptaan di muka bumi maka mereka akan  membuat kerusakan dan pertumpahan darah." Ketika Allah berfirman: 
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka  bumi, " (QS. al-Baqarah: 30) 
Mereka bertanya: "Apakah ini adalah khalifah yang Engkau ceritakan  kepada kami bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan  menumpahkan darah, ataukah khalifah selainnya?" Dalam tafsir Fi Zhilalil  Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya para malaikat melalui fitrah mereka  yang suci yang tidak membayangkan kecuali kebaikan dan kesucian,  mereka mengira bahawa tasbih dan menguruskan Allah adalah  puncak dari segala wujud. Puncak ini terwujud dengan adanya  mereka, sedangkan pertanyaan mereka hanya menggambarkan  kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan atau apa pun  juga." 
Kita melihat bagaimana para mufasir berijtihad untuk menyingkap  hakikat, lalu Allah SWT menyingkapkan kedalaman dari Al-Quran pada  masing-masing dari mereka. Kedalaman Al-Quran sangat mengagumkan.  Kisah tersebut disampaikan dalam gaya dialog, suatu gaya yang memiliki  pengaruh yang kuat. Tidakkah Anda melihat bahawa Allah SWT  berfirman: 
ثُمَّ  اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلأرْضِ  اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ
Tsummaastawa ilassamaa-i wahiya dukhaanun faqaala lahaa walil-ardhi i-atiyaa thau'an au karhan qaalataa atainaa thaa-i'iin(a)
"Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap,  lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: Datanglah kamu  keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.'  Keduanya menjawab: 'Kami datang dengan suka hati.'" (QS.  Fushshilat: 11) 
Apakah seseorang membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan  langit dan bumi, dan bumi dan langit pun menjawabnya sehingga terjadi  dialog ini di antara mereka? Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan  langit dan bumi sehingga keduanya taat. Allah SWT menggambarkan apa  yang terjadi dengan gaya dialog hanya untuk meneguhkan dalam fikiran  dan menegaskan maknanya serta penjelasannya. Penggunaan gaya  dramatis dalam kisah Nabi Adam mengisyaratkan makna yang dalam. 
Kita membayangkan bahawa Allah SWT ketika menetapkan penciptaan  Nabi Adam, Dia memberitahukan kepada malaikat-Nya dengan tujuan  agar mereka bersujud kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil  pendapat mereka atau bermusyawarah dengan mereka. Maha Suci Allah  SWT dari hal yang demikian itu. Allah SWT memberitahukan mereka  bahawa Dia akan menjadikan seorang hamba di muka bumi, dan bahawa  khalifah ini akan mempunyai keturunan dan cucu-cucu, di mana mereka  akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah di  dalamnya. Lalu para malaikat yang suci mengalami kebingungan.  Bukankah mereka selalu bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya,  namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan termasuk dari mereka?  Apa rahsia hal tersebut, dan apa hikmah Allah dalam masalah ini?  Kebingungan malaikat dan keinginan mereka untuk mendapatkan  kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan kehairanan mereka  tentang penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak segudang  pertanyaan yang tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera  menepis keraguan mereka dan kebingungan mereka, dan membawa  mereka menjadi yakin dan berserah diri. Firman-Nya: 
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (QS.  al-Baqarah: 30) 
Ayat tersebut menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan  ilmu para malaikat, yang kerananya mereka dapat berserah diri dan  meyakini kebenaran kehendak Allah. Kita tidak membayangkan  terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat sebagai bentuk  pengutusan terhadap Allah dan penghormatan terhadap para malaikat- Nya. Dan kita meyakini bahawa dialog terjadi dalam diri malaikat sendiri  berkenaan dengan keinginan mereka untuk mengembang khilafah di  muka bumi, kemudian Allah SWT memberitahu mereka bahawa tabiat  mereka bukan disiapkan untuk hal tersebut. 
Sesungguhnya tasbih pada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah hal  yang sangat mulia di alam wujud, namun khilafah di muka bumi bukan  hanya dilakukan dengan hal itu. Ia memerlukan karakter yang lain, suatu  karakter yang haus akan pengetahuan dan lumrah baginya kesalahan.  Kebingungan atau kehairanan ini, dialog yang terjadi dalam jiwa para  malaikat setelah diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua ini  layak bagi para malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit  pun. Sebab, meskipun kedekatan mereka dengan Allah SWT dan  penyembahan mereka terhadap-Nya serta penghormatan-Nya kepada  mereka, semua itu tidak menghilangkan kedudukan mereka sebagai  hamba Allah SWT di mana mereka tidak mengetahui ilmu Allah SWT dan  hikmah-Nya yang tersembunyi, serta alam ghaibnya yang samar. Mereka  tidak mengetahui hikmah-Nya yang tinggi dan sebab-sebab  perwujudannya pada sesuatu. 
Setelah beberapa saat para malaikat akan memahami bahawa Nabi Adam  adalah ciptaan baru, di mana dia berbeza dengan mereka yang hanya  bertasbih dan menyucikan Allah, dan dia pun berbeza dengan haiwan- haiwan bumi dan makhluk-makhluk yang ada di dalamnya yang hanya  menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam  akan menjadi ciptaan baru dan keberadaannya disertai dengan hikmah  yang tinggi yang tidak ada seorang pun mengetahuinya kecuali Allah  SWT. 
Allah SWT berfirman: 
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
Wamaa khalaqtul jinna wal-insa ilaa liya'buduun(i)
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk  menyembah kepada-Ku." (QS. adz-Dzariyat: 56) 
Ibnu Abbas membaca ayat tersebut: "Liya'rifuun" (agar mereka mengenal  Aku). Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan  barangkali pendekatan yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat  tersebut adalah apa yang disampaikan oleh Syekh Muhammad Abduh:  "Dialog yang terdapat dalam ayat tersebut adalah urusan Allah SWT  dengan para malaikat-Nya di mana Dia menggambarkan kepada kita  dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan, dan jawapan. Kita tidak  mengetahui hakikat hal tersebut. Tetapi kita mengetahui bahawa dialog  tersebut tidak terjadi sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh sesama  kita, manusia." 
Para malaikat mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah  di muka bumi. Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka  secara terperinci. Dia memberitahukan bahawa Dia akan menciptakan  manusia dari tanah. Maka ketika Dia menyempurnakannya dan meniupkan  roh di dalamnya, para malaikat harus bersujud kepadanya. Yang harus  difahami bahawa sujud tersebut adalah sujud penghormatan, bukan  sujud ibadah, kerana sujud ibadah hanya diperuntukkan kepada Allah  SWT. 
Allah SWT berfirman: 
إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِينٍ
Idz qaala rabbuka lilmalaa-ikati innii khaaliqun basyaran min thiinin
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
Fa-idzaa sau-waituhu wanafakhtu fiihi min ruuhii faqa'uu lahu saajidiin(a)
فَسَجَدَ الْمَلائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ
Fasajadal malaa-ikatu kulluhum ajma'uun(a)
إِلا إِبْلِيسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Ilaa ibliisaastakbara wakaana minal kaafiriin(a)
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:  'Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.' Maka  apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya  roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud  kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali  Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang  kafir. " (QS. Shad: 71-74) 
Allah SWT mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di dalamnya  terdapat yang berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh  kerana itu, manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT mencampur tanah dengan air sehingga menjadi tanah liat kering yang  berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah  menciptakan Nabi Adam. Allah SWT menyempurnakannya dengan  kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di dalamnya, kemudian  bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di  dalamnya. 
Selanjutnya, Nabi Adam membuka kedua matanya dan ia melihat para  malaikat semuanya bersujud kepadanya, kecuali satu makhluk yang  berdiri di sana. Nabi Adam tidak tahu siapakah makhluk yang tidak mahu  bersujud itu. Ia tidak mengenal namanya. Iblis berdiri bersama para  malaikat tetapi ia bukan berasal dari golongan mereka. Iblis berasal dari  kelompok jin. Allah SWT menceritakan kisah penolakan Iblis untuk sujud  kepada Nabi Adam pada beberapa surah. Allah SWT berfirman: 
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ
Qaala yaa ibliisu maa mana'aka an tasjuda limaa khalaqtu biyadai-ya astakbarta am kunta minal 'aaliin(a)
قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Qaala anaa khairun minhu khalaqtanii min naarin wakhalaqtahu min thiinin
قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ
Qaala faakhruj minhaa fa-innaka rajiimun
وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِي إِلَى يَوْمِ الدِّينِ
Wa-inna 'alaika la'natii ila yaumiddiin(i)
قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Qaala rabbi fa-anzhirnii ila yaumi yub'atsuun(a)
قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ
Qaala fa-innaka minal munzhariin(a)
إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ
Ila yaumil waqtil ma'luum(i)
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Qaala fabi'izzatika aghwiyannahum ajma'iin(a)
إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
     
Ilaa 'ibaadaka minhumul mukhlashiin(a)
"Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada  yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu  menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang  yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana  Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari  tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga;  sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya  kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya  Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.' Allah  berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi  tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari  kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan  menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis  di antara mereka.'" (QS. Shad: 75-83) 
Nabi Adam mengikuti peristiwa yang terjadi di depannya. Ia merasakan  suasana cinta, rasa takut, dan kebingungan. Nabi Adam sangat cinta  kepada Allah SWT yang telah menciptakannya dan memuliakannya  dengan memerintahkan para malaikat-Nya untuk sujud kepadanya. Adam  juga merasa takut saat melihat Allah SWT marah terhadap iblis dan  mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Ia merasakan kebingungan ketika  melihat makhluk ini yang membencinya, padahal ia belum mengenalnya.  Makhluk itu membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam,  padahal tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa salah satu dari  mereka lebih baik dibandingkan dengan yang lain. 
Kemudian alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api  lebih baik dari tanah. Dari mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya  ilmu ini berasal dari Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan  tanah dan mengetahui mana di antara keduanya yang paling utama. 
Dari dialog tersebut, Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah makhluk  yang memakai atribut keburukan dan sifat yang tercela. Ia meminta  kepada Allah SWT agar mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis  tidak ingin mati. Namun Allah SWT mengetahui bahawa ia akan tetap  hidup sampai hari yang ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput  ajalnya dan kemudian mati. Nabi Adam mengetahui bahawa Allah SWT  telah melaknat iblis dan telah mengusirnya dari rahmat-Nya. Akhirnya,  Nabi Adam mengetahui musuh abadinya. Nabi Adam bingung dengan  kenekatan musuhnya dan kasih sayang Allah SWT. 
Barangkali ada seseorang yang bertanya kepada saya: "Mengapa Anda  tidak meyakini terjadi dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya  dan Anda cenderung menakwilkan ayat-ayat tersebut, sedangkan Anda  menerima adanya dialog antara Allah dan iblis." Saya jawab:  "Sesungguhnya akal menunjukkan kita kepada kesimpulan tersebut.  Terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya adalah hal  yang mustahil kerana para malaikat suci dari kesalahan dan dosa dan  keinginan-keinginan manusiawi yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan  karakter penciptaan mereka, mereka adalah pasukan yang setia dan  mulia. Adapun iblis ia terikat dan tunduk terhadap ketentuan agama, dan  karakternya sebagai jin mendekati karakter jenis ciptaan Nabi Adam.  Dengan kata lain, bahawa jin dapat beriman dan dapat juga menjadi  kafir. Sesungguhnya kecenderungan agama mereka dapat saja tidak  berfungsi ketika mereka tertipu oleh kesombongan yang palsu sehingga  mereka mempunyai gambaran yang salah. Maka dari sisi inilah terjadi  dialog. Dialog di sini bererti kebebasan. Tabiat manusia dan jin  cenderung untuk menggunakan kebebasannya, sedangkan tabiat para  malaikat tidak dapat menggunakan kebebasan. Nabi Adam menyaksikan  secara langsung - setelah penciptaannya - kadar kebebasan yang Allah  SWT berikan kepada makhluk-Nya yang terkena tanggungjawab.  Terjadinya pelajaran ini di depan Nabi Adam mengandung maksud yang  dalam. 
Allah SWT tidak pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada  iblis. Namun pada akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis  benar-benar menolak untuk sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT  mengetahui bahawa ia akan menolak untuk sujud kepada Nabi Adam dan  akan menentang-Nya. Bisa saja Allah SWT menghancurkannya atau  mengubahnya menjadi tanah namun Allah memberikan kebebasan  kepada makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggung jawab. Dia  memberikan kepada mereka kebebasan mutlak sehingga mereka bisa saja  menolak perintah-Nya. Tetapi yang perlu diperhatikan bahawa  keingkaran orang-orang kafir dan orang-orang yang bermaksiat kepada- Nya tidak bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya dan sebaliknya,  keimanan orang-orang mukmin dan kepatuhan orang-orang yang taat  tidak bererti menambah kebesaran kekuasaan-Nya. Semua itu kembali  kepada mereka. 
Adam menyedari bahawa kebebasan di alam wujud adalah merupakan  kurniaan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya. Allah SWT  memberikan balasan yang setimpal atas penggunaan kebebasan itu.  Setelah mempelajari pelajaran kebebasan, Nabi Adam mempelajari  pelajaran kedua dari Allah SWT, yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui  bahawa iblis adalah simbol kejahatan di alam wujud. Sebagaimana ia  mengetahui bahawa para malaikat adalah simbol kebaikan, sementara ia  belum mengenal dirinya saat itu. Kemudian Allah SWT memberitahukan  kepadanya tentang hakikatnya, hikmah penciptaannya, dan rahsia  penghormatannya. Allah SWT berfirman: 
وَعَلَّمَ  آدَمَ الأسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ  أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Wa'allama aadamal asmaa-a kullahaa tsumma  'aradhahum 'alal malaa-ikati faqaala anbi-uunii biasmaa-i ha'ulaa-i in  kuntum shaadiqiin(a)
قَالُوا سُبْحَانَكَ لا عِلْمَ لَنَا إِلا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Qaaluuu subhaanaka laa 'ilma lanaa ilaa maa 'allamtanaa innaka antal 'aliimul hakiim(u)
قَالَ  يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ  بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ  السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ  تَكْتُمُونَ
Qaala yaa aadamu anbi-ahum biasmaa-ihim falammaa  anbaahum biasmaa-ihim qaala alam aqul lakum innii a'lamu  ghaibas-samaawaati wal ardhi waa'lamu maa tubduuna wamaa kuntum  taktumuun(a)
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam, nama-nama (benda-benda) seluruhnya,  kemudian mengemuka-kannya kepada para Malaikat, lalu berfirman:  'Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu, jika memang kamu orang yang  benar!'."Mereka menjawab: 'Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui, selain  apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya, Engkaulah Yang  Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."Allah berfirman: 'Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama  benda ini'. Maka setelah diberitahu-kannya nama-nama benda itu, Allah  berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya, Aku  mengetahui rahasia langit dan bumi, dan mengetahui, apa yang kamu  lahirkan, dan apa yang kamu sembunyikan'." – (QS.2: 31-33)
Allah SWT memberinya rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu  dalam simbol-simbol dan nama-nama. Allah SWT mengajarinya untuk  menamakan benda-benda: ini burung, ini bintang, ini pohon, ini awan,  dan seterusnya. Nabi Adam mempelajari semua nama-nama tersebut.  Yang di maksud dengan nama-nama di sini adalah ilmu dan pengetahuan.  Allah SWT menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam  dan keinginan yang terus mendorongnya untuk mengetahui sesuatu.  Hasrat untuk menggali ilmu dan belajar juga diwariskan kepada anak- anaknya Nabi Adam. Inilah tujuan dari penciptaan Nabi Adam dan inilah  rahsia di balik penghormatan para malaikat kepadanya. Setelah Nabi  Adam mempelajari nama benda-benda; kekhususannya dan  kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan benda-benda tersebut atas  para malaikat-Nya dan berkata: 
"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang  orang-orang yang benar. " 
Yang dimaksud adalah kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah.  Para malaikat memperhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT  kepada mereka, namun mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka  mengakui di hadapan Allah SWT tentang kelemahan mereka untuk  menamai benda-benda tersebut atau memakai simbol-simbol untuk  mengungkapkannya. Para malaikat berkata sebagai bentuk pengakuan  terhadap ketidakmampuan mereka: 
"Maha Suci Engkau." 
Yakni, kami menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu. 
"Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau  ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha  Mengetahui lagi Maha Bijaksana."  
Yakni, mereka mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT  berkata kepada Adam: 
"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." 
Kemudian Nabi Adam memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT  tunjukkan kepada mereka dan mereka tidak mengenali nama-namanya: 
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)  seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu  berfirman: 'Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu  memang orang-orang yang benar.' Mereka menjawab: 
'Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang  telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang  Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: 'Hai Adam,  beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.' Maka setelah  diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu, Allah  berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa  sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan  mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu  sembunyikan?'
Allah SWT ingin berkata kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui  kehairanan yang mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka  tentang penciptaan Nabi Adam sebagaimana Dia mengetahui kebingungan  yang mereka sembunyikan dan sebagaimana juga Dia mengetahui  kemaksiatan dan pengingkaran yang disembunyikan oleh iblis. 
Para malaikat menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang  mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui. Ini adalah hal yang  sangat mulia. Dan para malaikat mengetahui, mengapa Allah  memerintahkan mereka untuk bersujud kepadanya sebagaimana mereka  memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi, di mana  ia akan menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu dan  pengetahuan. Yaitu, pengetahuan terhadap Sang Pencipta yang kemudian  dinamakan dengan Islam atau iman. Para malaikat pun mengetahui  sebab-sebab kemakmuran bumi dan pengubahannya dan penguasaannya,  serta semua hal yang berkenaan dengan ilmu-ilmu mated di muka bumi. 
Adalah hal yang maklum bahawa kesempurnaan manusia tidak akan  terwujud kecuali dengan pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat  mengenal Sang Pencipta, dan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam.  Jika manusia berhasil di satu sisi, namun gagal di sisi yang lain maka ia  laksana burung yang terbang dengan sayap satu di mana setiap kali ia  terbang sayap yang lain mencegahnya. 
Nabi Adam mengetahui semua nama-nama dan terkadang ia berbicara  bersama para malaikat, namun para malaikat disibukkan dengan ibadah  kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, Adam merasa kesepian. Kemudian  Adam tidur dan tatkala ia bangun ia mendapati seorang perempuan yang  memiliki mata yang indah, dan tampak penuh dengan kasih sayang.  Kemudian terjadilah dialog di antara mereka: 
Adam berkata: "Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur."  Perempuan itu menjawab: "Ya." Adam berkata: "Kalau begitu, kamu  datang di tengah-tengah tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam bertanya:  "Dari mana kamu datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu. Allah  SWT menciptakan aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya:  "Mengapa Allah menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau merasa  tenteram denganku." Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku memang  merasakan kesepian." 
Para malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam  menjawab: "Namanya Hawa." Mereka bertanya: "Mengapa engkau  menamakannya Hawa, wahai Adam?" Adam berkata: "kerana ia diciptakan  dariku saat aku dalam keadaan hidup." 
Nabi Adam adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia membagi  pengetahuannya kepada Hawa, di mana ia menceritakan apa yang  diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga Hawa mencintainya.  Allah SWT berfirman: 
وَقُلْنَا  يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلا مِنْهَا رَغَدًا  حَيْثُ شِئْتُمَا وَلا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ  الظَّالِمِينَ
Waqulnaa yaa aadamuuskun anta wazaujukal jannata  wakulaa minhaa raghadan haitsu syi-atumaa walaa taqrabaa  hadzihisy-syajarata fatakuunaa minazh-zhaalimiin(a)
"Dan Kami berfirman: 'Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di  syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik  di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini,  yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al- Baqarah: 35) 
Kita tidak mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan  tempatnya, dan para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu.  Sebahagian mereka berkata: "Itu adalah syurga yang bakal dihuni oleh  manusia (jannah al-Ma'wa) dan tempatnya di langit." Namun sebahagian  lagi menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah al-Ma'wa  maka iblis tidak dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan  di dalamnya. Sebahagian lagi mengatakan: "Ia adalah syurga yang lain,  yang Allah ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa." Bahkan ada juga yang  berpendapat bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi  yang terletak di tempat yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain  menganjurkan agar kita menerima ayat tersebut apa adanya dan  menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami sendiri sependapat  dengan hal ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan  dengan penentuan tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang  dapat kita ambil dari apa yang terjadi di dalamnya. 
Nabi Adam dam Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua  merasakan kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana mereka juga  mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan Nabi  Adam dan Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tak terbatas.  Dan Nabi Adam mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan pada  saat ia berada di syurga bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami  kesepian. Ia banyak menjalin komunikasi dengan Hawa. Mereka  menikmati nyanyian makhluk, tasbih sungai-sungai, dan muzik alam  sebelum ia mengenal bahawa alam akan disertai dengan penderitaan dan  kesedihan. Allah SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk mendekati  segala sesuatu dan menikmati segala sesuatu selain satu pohon, yang  barangkali ia adalah pohon penderitaan atau pohon pengetahuan. Allah  SWT berkata kepada mereka sebelum memasuki syurga: 
"Dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu  termasuk orang-orang yang zalim.'" 
Nabi Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan  sesuatu dari pohon ini, namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan  sebagai manusia ia lupa dan hatinya berbolak-balik serta tekadnya  melemah. Maka iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi Adam dan  mengumpulkan segala kedengkiannya yang disembunyikan dalam  dadanya. Iblis terus berusaha membangkitkan waswas dalam diri Nabi  Adam. 
Apakah aku akan menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan  kekuasaan yang tidak akan sirna? Nabi Adam bertanya-tanya dalam  dirinya. Apa yang akan terjadi seandainya ia memakan buah tersebut,  barangkali itu benar-benar pohon keabadian. Nabi Adam memang  memimpikan untuk kekal dalam kenikmatan dan kebebasan yang  dirasakannya dalam syurga. 
Berlalulah waktu di mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon  itu. Kemudian pada suatu hari mereka menetapkan untuk memakan  pohon itu. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah mengingatkan mereka  agar tidak mendekatinya. Mereka lupa bahawa iblis adalah musuh mereka  sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan tangannya ke pohon itu dan  memetik salah satu buahnya dan kemudian memberikannya kepada  Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan buah terlarang itu. 
Allah SWT berfirman: 
فَأَكَلا  مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا  مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَعَصَى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَى
Fa-akalaa minhaa fabadat lahumaa sawaatuhumaa  wathafiqaa yakhshifaani 'alaihimaa min waraqil jannati wa'asha aadamu  rabbahu faghaw(a)
Tidak benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa  Hawa menggoda Nabi Adam yang kerananya ia bertanggungjawab  terhadap pemakanan buah itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa,  namun ia menyebut Nabi Adam sebagai orang yang bertanggungjawab  atas apa yang terjadi. Demikianlah setan disalahkan dan Nabi Adam juga  disalahkan kerana kesombongan. Salah seorang dari mereka menghina  manusia, dan yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal  kekekalan. 
Belum selesai Nabi Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan  penderitaan, kesedihan, dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarya  dan berhentilah muzik indah yang memancar dari dalam dirinya. Ia  mengetahui bahawa ia tak berpakaian, demikian juga isterinya. Akhirnya,  ia mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan bahawa isterinya seorang  wanita. Ia dan isterinya mulai memetik daun-daun pohon untuk menutup  tubuh mereka yang terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah  agar mereka turun dari syurga. 
Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi  Adam dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya  menangis. kerana ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT  menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahukan kepada mereka  bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli, di mana mereka akan  hidup di dalamnya, mati di atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada  hari kebangkitan. Allah SWT berfirman: 
"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu  (pula) kamu akan dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25) 
Kemudian Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang  diperoleh Nabi Adam selama keberadaannya di syurga dan setelah  keluarnya ia darinya dan turunnya ia ke bumi. 
Allah SWT berfirman: 
وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا
Walaqad 'ahidnaa ila aadama min qablu fanasiya walam najid lahu 'azman
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى
Wa-idz qulnaa lilmalaa-ikatiisjuduu li-aadama fasajaduu ilaa ibliisa ab(a)
فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى
Faqulnaa yaa aadamu inna hadzaa 'aduu-wun laka walizaujika falaa yukhrijannakumaa minal jannati fatasyq(a)
إِنَّ لَكَ أَلا تَجُوعَ فِيهَا وَلا تَعْرَى
Inna laka alaa tajuu'a fiihaa walaa ta'r(a)
وَأَنَّكَ لا تَظْمَأُ فِيهَا وَلا تَضْحَى
Wa-annaka laa tazhmau fiihaa walaa tadhh(a)
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لا يَبْلَى
Fawaswasa ilaihisy-syaithaanu qaala yaa aadamu hal adulluka 'ala syajaratil khuldi wamulkin laa yabl(a)
فَأَكَلا  مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا  مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَعَصَى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَى
Fa-akalaa minhaa fabadat lahumaa sawaatuhumaa  wathafiqaa yakhshifaani 'alaihimaa min waraqil jannati wa'asha aadamu  rabbahu faghaw(a)
ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَى
Tsummaajtabaahu rabbuhu fataaba 'alaihi wahad(a)
قَالَ  اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ فَإِمَّا  يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلا يَضِلُّ وَلا  يَشْقَى
Qaala ihbithaa minhaa jamii'an ba'dhukum liba'dhin  'aduu-wun fa-immaa ya'tiyannakum minnii hudan famaniittaba'a hudaaya  falaa yadhillu walaa yasyq(a)
"Dan sesungguhnya, telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat"Dan (ingatlah), ketika Kami berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam', maka mereka sujud, kecuali iblis. Ia membangkang"Maka Kami berkata: 'Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampaikan ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka."Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya, dan tidak akan telanjang."dan sesungguhnya, kamu tidak akan merasa dahaga, dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya'."Kemudian syaitan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu, pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa'"Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Rabb, dan sesatlah ia."Kemudian Rabb-nya memilihnya (menjadi utusan-Nya), maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. "Allah berfirman: 'Turunlah kamu berdua dari surga bersama-sama, sebagian kamu menjadi musuh sebagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan ia tidak akan celaka." – (QS.20: 115-123)
"Dan sesungguhnya, telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat"Dan (ingatlah), ketika Kami berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam', maka mereka sujud, kecuali iblis. Ia membangkang"Maka Kami berkata: 'Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampaikan ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka."Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya, dan tidak akan telanjang."dan sesungguhnya, kamu tidak akan merasa dahaga, dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya'."Kemudian syaitan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu, pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa'"Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Rabb, dan sesatlah ia."Kemudian Rabb-nya memilihnya (menjadi utusan-Nya), maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. "Allah berfirman: 'Turunlah kamu berdua dari surga bersama-sama, sebagian kamu menjadi musuh sebagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan ia tidak akan celaka." – (QS.20: 115-123)
Sebahagian orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga  kerana kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang  tidak benar kerana Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam di  mana Dia berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya aku akan menjadikan  seorang khalifah di muka bumi." Dan Dia tidak mengatakan kepada  mereka: "Sesungguhnya aku akan menjadikan khalifah di syurga." 
Tidaklah turunnya Nabi Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan  tetapi ia merupakan penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh  kaum sufi. Allah SWT mengetahui bahawa Nabi Adam dan Hawa akan  memakan buah itu, dan selanjutnya mereka akan turun ke bumi. Allah  SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas kebebasan mereka.  Pengalaman merupakan dasar penting dari proses menjadi khalifah di  muka bumi agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga  keturunan mereka -  bahawa setan telah mengusir kedua orang tua  mereka dari syurga, dan bahawa jalan menuju syurga dapat dilewati  dengan ketaatan kepada Allah SWT dan permusuhan pada setan. 
Apakah dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang  terpaksa, dan bahawa Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat  kesalahan sehingga ia keluar dari syurga dan kemudian turun ke bumi?  Sebenarnya anggapan ini tidak kalah bodohnya dari anggapan pertama.  Sebab, Nabi Adam merasakan kebebasan sepenuhnya, yang kerananya ia  mengembang tanggung jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan  memakan buah tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari  syurga. Maksiat yang dilakukannya tidak berlawanan dengan  kebebasannya, bahkan keberadaannya yang asli bersandar kepada  kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang bakal terjadi. Dia  mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu. Pengetahuan-Nya itu  bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang memaksa. Dengan  kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi, tetapi Dia tidak  mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT memberikan  kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang  demikian itu berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam  memakmurkan bumi dan mengangkat khalifah di dalamnya. 
Nabi Adam memahami pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis  adalah musuhnya. Secara pasti ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab  ia kehilangan nikmat dan penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa  Allah SWT akan menyeksa seseorang jika ia berbuat maksiat, dan bahawa  jalan menuju ke syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah  SWT. Ia memahami bahawa Allah SWT menerima taubat, memaafkan,  menyayangi, dan memilih. Allah SWT mengajari mereka agar beristighfar  dan mengucapkan: 
"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika  Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami,  nescayalah pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al- A'raf: 23) 
Allah SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke  bumi. Nabi Adam adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan  Nabi Adam di bumi. Ia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan  kemudian ia menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya  dan cucu-cucunya dari kalangan nabi. Sehingga setiap nabi memulai  dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari negerinya  atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum  kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar  (hijrah) setelah pengangkatan kenabian mereka. 
Nabi Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar  dari syurga. Di bumi ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di  mana ia harus menanggung kesulitan agar dapat makan, dan ia harus  melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata, serta melindungi  isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang hidup di  bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan  pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar  dari syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya  dan kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim.  Pertempuran antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi  tidak akan pernah berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk  Allah SWT, ia tidak akan merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang  siapa yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api,  iblis, maka ia akan bersamanya di neraka. 
Nabi Adam mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan  menyertai kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat  meringankan kesedihannya adalah, bahawa ia menjadi penguasa di bumi,  yang kerananya ia harus menundukkannya, memakmurkannya, dan  membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di dalamnya,  sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih  baik. Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang  perempuan, dan pada perut berikutnya seorang lelaki dan seorang  perempuan, maka dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut  pertama dengan anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak  Nabi Adam menjadi besar dan menikah serta memenuhi bumi dengan  keturunannya. 
Nabi Adam mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam  menyaksikan kecenderungan pertama dari anaknya terhadap pangkal  kejahatan, yaitu iblis sehingga terjadilah kejahatan pembunuhan yang  pertama kali di muka bumi. Salah seorang anak Nabi Adam membunuh  saudara kandungnya sendiri. Anak yang jahat itu membunuh saudaranya  yang baik. Allah berfirman: 
"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan  Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya  mempersembahkan korban, maka di terimalah dari salah seorang dari  mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). (QS.  al-Maidah: 27) 
Dikatakan bahawa pembunuh ingin merebut isteri saudara kandungannya  untuk dirinya sendiri. Nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk  menghadirkan korban lalu setiap dari mereka menghadirkan korban yang  dimaksud. Allah SWT menerima korban dari salah satu dari mereka dan  menolak korban yang lain: 
"Ia (Qabil) berkata: 'Aku pasti membunuhmu.' Berkata Habil:  'Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang  bertakwa. Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku  untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan  tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada  Allah, Tuhan sekalian alam. (QS. al-Maidah: 27-28) 
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita kalimat- kalimat yang diucapkan oleh anak Nabi Adam yang terbunuh sebagai  syahid, dan ia menyembunyikan kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si  pembunuh. Si pembunuh mengangkat tangannya sambil mengancam,  namun calon korban pembunuhan itu berkata dengan tenang: 
Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa  membunuhku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi  penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang- orang yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29) 
Selesailah percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat itu  membiarkan anak yang baik beberapa saat. Setelah beberapa hari,  saudara yang baik itu tidur di tengah-tengah hutan yang penuh dengan  pohon. Di hutan itu, keledai tua mati dan dagingnya dimakan oleh burung  Nasar dan darahnya ditelan oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang  belulang berserakan di tanah. Kemudian saudaranya yang jahat  membawanya menuju saudara kandungnya yang sedang tidur, lalu ia  mengangkat tangannya dan menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak  laki-laki baik itu tampak pucat wajahnya ketika melihat darah mengucur  darinya, lalu ia bangun. Ia bermimpi saat tidur. Lalu si pembunuh  menghantam saudaranya sehingga tidak tampak lagi gerakan dari  tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa saudara kandungnya benar-benar  mati. Pembunuh itu berdiri di depan korban dengan tenang dan tampak  pucat wajahnya. 
Rasulullah saw bersabda: "Setiap orang yang membunuh jiwa yang tak  berdosa maka anak Adam yang pertama akan juga menanggung dosanya  kerana ia yang pertama kali mengajarkan pembunuhan." Si pembunuh  terduduk di depan saudaranya dalam keadaan berlumuran darah. Apa  yang akan dikatakannya terhadap Nabi Adam, ayahnya, jika ia bertanya  kepadanya tentang hal itu. Nabi Adam mengetahui bahawa mereka  berdua keluar bersama-sama lalu mengapa ia kembali sendinan.  Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap saudaranya itu di  depan ayahnya, maka di manakah ia dapat menyembunyikan jasadnya,  dan di mana ia dapat membuangnya? Saudaranya yang terbunuh itu  merupakan manusia yang pertama kali mad di muka bumi sehingga tidak  diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang mati. Pembunuh itu  membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba  keheningan itu dipecah dengan suara burung yang berteriak sehingga ia  merasa ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor  burung gagak yang berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati.  Burung gagak yang hidup meletakkan bangkai burung gagak yang mad di  atas tanah lalu ia mulai menggali tanah dengan paruhnya dan kedua  kakinya. Kemudian ia mengangkatnya dengan paruhnya dan  meletakkannya dengan lembut dalam kuburan. Lalu ia menimbunkannya  di atas tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan kembali berteriak. Si  pembunuh berdiri dan ia mundur untuk meraih jasad saudara kandungnya  dan kemudian berteriak: 
"Berkata Qabil: 'Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak mampu  berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan  saudaraku ini?" (QS. al-Maidah: 31) 
Ia mulai merasakan kesedihan yang sangat dalam atas apa yang telah  dilakukannya terhadap saudaranya. Ia segera menyadari bahawa ia  adalah orang yang paling buruk dan paling lemah. Ia telah membunuh  orang yang paling utama dan paling kuat. Anak Nabi Adam berkurang satu  dan iblis berhasil "mencuri" seorang anak Nabi Adam. Bergetarlah tubuh  si pembunuh dan ia mulai menangis dengan keras, lalu ia menggali  kuburan saudara kandungnya. Ketika mendengar kisah tersebut Nabi  Adam berkata: 
"Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah  musuh yang menyesatkan lagi nyata." (QS. al-Qashash: 15) 
Nabi Adam merasakan kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu  anaknya. Salah seorang dari mereka mad dan yang lain dikuasai oleh  syaitan. Nabi Adam salat untuk anaknya yang mati, dan kemudian ia  kembali menjalani kehidupannya di muka bumi. Beliau adalah manusia  yang bekerja dan mengalami penderitaan. Seorang Nabi yang menasihati  anak-anaknya dan cucu-cucunya, serta mengajak mereka untuk  menyembah Allah SWT. Beliau menceritakan kejahatan iblis kepada  mereka, dan meminta kepada mereka agar berhati-hati darinya. Beliau  menceritakan pengalaman pribadinya bersama iblis kepada mereka, dan  menceritakan kehidupannya bersama anaknya yang tega membunuh  saudara kandungnya sendiri. 
Nabi Adam telah menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang silih  berganti sehingga anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu  malam di atas bumi. Angin bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah  daun-daun pohon tua yang ditanam oleh Nabi Adam, di mana dahan- dahannya mendekati danau sehingga buahnya menyentuh air danau. Dan  ketika pohon itu menjadi tegak setelah berlalunya angin, air mulai  berjatuhan di antara cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa  pohon itu sedang menarik dirinya (memisahkan diri) dari air dan  menangis. Pohon itu sedih dan dahan-dahannya bergoncang. Sementara  itu, di langit tampak bahawa bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya  bulan menerobos kamar Nabi Adam sehingga cahaya itu menerpa wajah  Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak lebih pucat dan lebih muram dari  wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa Nabi Adam akan mati. 
Kamar yang sederhana, kamarnya Nabi Adam. Nabi Adam tertidur dengan  janggutnya yang putih dan wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur  dari dahan-dahan pohon dan bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri  di sekelilingnya dan menunggu wasiatnya. Nabi Adam berbicara dan  memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada satu perahu keselamatan  bagi manusia, dan hanya ada satu senjata baginya yang dapat  menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu  adalah kalimat-kalimat Allah SWT. 
Nabi Adam menenangkan anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan  membiarkan manusia sendirian di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan  mengutus para nabi untuk membimbing mereka dan menyelamatkan  mereka. Para nabi itu memiliki nama-nama, sifat-sifat, dan mukjizat- mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka dipertemukan dengan satu  hal, yaitu mengajak untuk menyembah Allah SWT semata. 
Wassalam
 








 
 
 



Tidak ada komentar:
Posting Komentar