Sabtu, 01 Juni 2013

Hukum Mim Mati, Nun Mati dan Tanwin, Ikhfa', Lam Sukun,Qolqolqh dan Mad


ILMU TAJWID (BAGIAN 2) --> HUKUM MIM MATI

Mim Sukun

Mim Sukun yang terletak sebelum huruf hijaiah (Huruf Arab) kesemuanya kecuali ketiga-tiga Huruf Mad kerana untuk mengelakkan dari bertemu dua huruf Sukun.

1. Izhar Syafawi( الإظهار الشفوي ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya. Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba'. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa' pula adalah berhampiran.

2. Ikhfa' Syafawi ( الإخفاء الشفوي ).
Dari sudut bahasa: Tersembunyi Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama. Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari dua bibir mulut. Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.

3. Idgham Mithlain Saghir( إدغام مثلين صغير ).
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun (mati) ke dalam huruf berikutnya yang berbaris hidup dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Ia dinamakan Mithlain (dua jenis huruf yang sama) kerana ia terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifat manakala dinamakan saghir (kecil) pula ialah kerana huruf yang pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Idgham Mithlain Saghir terdiri dari satu huruf iaitu Mim.



  Idghom dan Iqlab


A. Arti Idghom

Idgham( الإدغام ).
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Idgham ini terbahagi kepada dua bahagian:- Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) dan Idgham Bila Ghunnah (memasukkan tanpa dengung).
Idgham tidak akan terhasil kecuali dari dua kalimah. Bilangan huruf Idgham sebanyak enam huruf yang terhimpun di dalam kalimah ( يرملون ).

Pembagian Idgom dalam Nun mati dan tanwin ada 2:
a. Idgom bigunnah/maal gunnah
Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) ( إدغام بغنة ).
Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ينمو )iaitu Ya', Nun, Mim dan Wau. Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma'al Ghunnah kecuali pada dua tempat iaitu: ( يس والقرآن الحكيم - ن والقلم وما يسطرون ).
Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
hurupnya 4 ; ya, nun, mim dan wau

b. Idgom bila gunnah

Idgham Bila Ghunnah( إدغام بدون غنة )yaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam. Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah kecuali pada Nun( من راق )kerana di dalam bacaan ini wajib diam seketika (tanpa menyambung nafas) dan ia tidak diidghamkan.


hurupnya ada 2 (ra dan lam)
B. IQLAB

1. Ta'rif Iqlab


Iqlab ( الإقلاب ).
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu diikhfa'kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba'. Contoh : من بعد, dibaca "MIMM BA'DI"
Kaidah dalam kitan Tuhfatul Atfal:

والثالث الإقلاب عند الباء *** ميما بغنة مع الإخفاء

WATSALITSUL IQLABU INDAL BAAI' * MIMAN BIGUNNATIN MA-AL IKHFAI



اَلإِخْفَاءُ الْحَقِيْقِيُّ
Yaitu apabila ada huruf nun sukun atau tanwin yang bertemu dengan salah satu huruf yang tergabung dalam bacaan :
{ صِفْ ذَا ثَنَا كَمْ جَادَ شَخْشٌ قَدْ سَمَا
دُمْ طَيِّبًا زِدْ فِى تُقًى ضَعْ ظَالِمًا
}

Cara membacanya adalah dengan mendengung.

Contoh :

وَ مَنْ تَابَ

قَوْلاً كَرِيْمًا

مِنْ دُوْنِ

هذا العلم ماخوذ من كتاب علم التجويد
معهد دار السلام كونتور فونوروغو





  LAM SUKUN

Lam Sukun, yaitu:
Huruf Lam yang sukun dalam Al Qur’an terbagi dalam 3 macam: Lam Ta'rif, Lam Fi'il dan Lam Huruf.



Lam Ta'rif.


Yang dimaksudkan dengan Alif Lam Ta'rif adalah Alif Lam yang masuk pada kata benda, merupakan tambahan dari bentuk dasarnya, baik baik kata benda tersebut berdiri sendiri tanpa alif dan lam, seperti kata Lam Sukun: Lam Ta'rif1 ataupun tidak bisa berdiri sendiri seperti kata [Lam Sukun: Lam Ta'rif].

Penambahan alif dan lam pada Lam Sukun: Lam Ta'rif adalah wajib karena kedua huruf ini tidak bisa dipisahkan dari kata benda tersebut.

Bentuk seperti ini hukum bacaannya wajib idgham, jika terdapat setelahnya lam, seperti Lam Sukun: Lam Ta'rif dan wajib izhar jika terdapat setelahnya ya, seperti Lam Sukun: Lam Ta'rif atau hamzah seperti Lam Sukun: Lam Ta'rif.

Lam Qamariyah.

Lam Qamariyah mempunyai 14 huruf, yaitu yang tergabung dalam kalimat:
Lam Ta'rif: Lam Qamariyah.

Hukum lam qamariyah adalah izhar, sebab jarak antara makhrajnya dan makhraj huruf-huruf qamariyah tersebut, berjauhan.

Lam Syamsiyah.


Lam Syamsiyah mempunyai 14 huruf, yaitu yang terdapat pada awal kata dari kalimat:

Lam Ta'rif: Lam Qamariyah.

Hukum lam Syamsiyah adalah idgham, sebab makhraj kedua lam-nya sama, sedangkan jarak antara makhraj lam syamsiyah dengan makhraj huruf-huruf syamsiyah lainnya, berdekatan.

Lam Fi'il, adalah:


Lam sukun yang terdapat pada kata kerja (fi'il), baik bentuk lampau (fi'il madli), bentuk sekarang (mudlori') atau bentuk perintah (amar), baik di pertengahan atau di akhir kata.

Lam Fi'il: Idgham.


Jika setelah lam fi'il terdapat huruf ra atau lam, maka harus dibaca idgham.



Lam Fi'il: Izhar.
Sebaliknya, jika setelah lam fi'il terdapat selain huruf ra atau lam, maka harus dibaca izhar.

Lam Huruf
Yang dimaksud dengan Lam huruf adalah Lam sukun yang terdapat pada huruf.
Lam huruf ini hanya terdapat pada kata Lam Sukun: Lam Huruf dan Lam Sukun: Lam Huruf 2 saja, tidak terdapat pada kata lain dalam Al Qur’an.

Lam Huruf: Idgham
Jika setelah lam huruf terdapat huruf ra atau lam, maka harus dibaca idgham, kecuali pada ayat Lam Huruf: Idgham yang harus dibaca izhar karena adanya saktah yang merupakan penghalang terjadinya perpaduan suara.

Lam Huruf: Izhar
Sebaliknya, jika setelah lam huruf terdapat selain huruf ra atau lam, maka harus dibaca izhar.

QOLQOLAH DAN MAD


Qolqolah

Qalqalah ( القلقلة ) Dari sudut bahasa: Bergerak-gerak dan gementar. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil dari bacaan huruf yang bertanda Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu kuat kemudian dilepaskan dalam waktu yang singkat sama ada huruf Sukun itu asli atau mendatang.

Cara baca qolqolah:
1. Rendah
Lantunan yang paling rendah ( أقل شدة ): Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah contohnya: Huruf Qaf di dalam kalimah ( وخلقناكم أزواجا ).

2. Lantunan yang sederhana yaitu pertengahan ( متوسط شدة ): Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid) contohnya: Huruf Ta ' ( ط ) di dalam kalimah ( والله من وراء محيط )

3. Lantunan yang paling tinggi( أقصى شدة ): Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid) contohnya huruf Qaf di dalam kalimah( قال رب أحكم بالحق )

Mad

Mad ( مد ).

Dari sudut bahasa: Lebih / Tambahan. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memanjangkan sebutan lebih dari dua harakat ketika membaca huruf Mad (pemanjang) atau Lin yang bertemu dengan huruf Hamzah atau baris Sukun. Huruf Mad terdiri dari tiga huruf iaitu Alif ( ا ), Wau( و )dan Ya' ( ي ).
Huruf Wau disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di hadapan dan huruf Ya' pula disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di bawah manakala huruf Alif tidak baris lain yang berada sebelumnya selain baris di atas. Huruf Ya' dan Wau apabila berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, kedua-dua huruf tersebut tidak dinamakan huruf Mad tetapi ia dinamakan Huruf Lin.

1. Mad Tabi'i ( المد الطبيعي ) atau Mad Asli ( المد الأصلى ).
Mad yang terdapat huruf hijaiah selain dari huruf Hamzah dan Sukun selepasnya dan ia dinamakan Tabi'i ialah kerana pembaca yang memiliki sifat kejadian yang sempurna tidak mengurangkan kadar Madnya iaitu dua harakat dan tidak pula melebihi dari itu.

Ketika berhenti dan Sambung
Apabila huruf Mad berada dalam keadaan tetap, sambung dan berhenti, huruf tersebut dibaca secara Mad (panjang) sama ada ketika sambung dan berhenti. Begitu juga sama ada ketika berada di pertengahan kalimah seperti ( مالك) (يوصيكم ) atau di akhir kalimah seperti ( والشمس وضحاها ).
Di dalam bahagian ini disyaratkan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.

Ketika Sambung
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja khususnya yang berkaitan dengan Mad Silah Kecil  ( مد الصلةالصغرى ) yaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ـهُ )dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah ( ـهِ ), begitu juga supaya huruf Ha' kinayah disambung dengan huruf Wau atau Ya', huruf Mad disyaratkan mestilah terletak di antara dua huruf yang berbaris hidup seperti kalimah ( إنه هو) (به بصيرا ).
Dalam keadaan ini huruf wau dan Ya' dibaca secara Mad sepanjang dua harakat (dengan syarat tidak terdapat huruf Hamzah yang berasingan darinya di dalam kalimah lain) dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti ia tidak dibaca secara Mad.

Ketika Berhenti
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja akan dibaca secara panjang sekiranya huruf Mad tersebut tetap berada di dalam keadaan berhenti bukan ketika sambung. Ia dibaca panjang pada huruf-huruf Alif yang ditukar dari baris dua di atasnya (Tanwin) sepert  عليمًا حكيمًا dengan memberhentikan bacaan pada huruf Alif ( حكيمًا )dan disyaratkan supaya Alif ini dibaca secara Mad tanpa menyambungnya dengan kalimah yang berada selepasnya.

2. Mad Far' ( المد الفرعي ) ialah Mad yang telah ditambah lebih panjang bacaannya dari Mad Asli disebabkan terdapat Hamzah ( ء ) atau tanda Sukun ( ْ ) selepas huruf Mad.

a. Mad Muttasil iaitu berangkai ( المتصل ) alah Huruf Mad yang bertemu dengan huruf Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah di dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib dan kadar bacaannya adalah empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika berhenti.

b. Mad Munfasil iaitu bercerai ( المنفصل ) ialah huruf Mad yang disusuli oleh huruf Hamzah (secara berasingan) yang terdapat pada awal kalimah berikutnya. Ia dinamakan Mad Munfasil ialah kerana huruf Mad terpisah dari huruf Hamzah yang terletak di dalam kalimah yang lain. Hukumnya: Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat harakat atau lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs. Mad SilahKubra (iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan ( ـهُ ) dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah ( ـهِ ) juga termasuk di dalam hukum Mad Munfasil. Apabila terdapat huruf Hamzah yang berada dalam keadaan berasingan di dalam kalimah berikutnya selepas huruf Wau Silah dan Ya' Silah, hukumnya adalah mengikut hukum Mad Munfasil jika dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti, ia tidak boleh dibaca secara Mad.

c. Mad 'Aridh  ( العارض للسكون ) ialah Mad yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana ingin menghentikan bacaan. Ia dinamakan 'Aridh (mendatang) ialah kerana huruf terakhir di dalam kalimah tersebut terpaksa dibaca dengan Sukun kerana memberhentikan bacaan padanya, jika sekiranya bacaan disambung, ia akan menjadi Mad Tabi'i. Hukumnya: Harus membacanya dengan tiga bentuk bacaan: Membaca secara pendek dengan kadar dua harakat, membaca secara pertengahan dengan kadar empat harakat dan membacanya secara sempurna dengan kadar enam harakat seperti: ( الحمد لله رب العالمين ).
Mad 'Aridh mengambil hukum Mad Lin iaitu memanjangkan bacaan Wau dan Ya' Sukun dan terdapat huruf berbaris atas sebelum Wau dan Ya' ketika berhenti. Ia dinamakan dengan nama tersebut ialah kerana sebutannya terlalu lembut dan mudah seperti di dalam ayat: ( فليعبدوا رب هذا البيت )

d. Mad Badal ( البدل ) ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah kerana asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Sukun (mati).
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Jika huruf Hamzah pertama berbaris di atas, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Alif ( ا seperti :( آمنوا ) kerana asalnya ( ءأمنوا ).
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf Hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf Ya' seperti:( إيمانا )kerana asalnya ( إئمانا ).
Sekiranya huruf Hamzah pertama berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Wau( و seperti: ( أوتوا ) kerana asalnya ( أؤتوا ).
Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat seperti Mad Tabi'i.

e. Mad Lazim ( المد اللازم ) iaitu huruf Mad yang disusuli dengan tanda Sukun asli tetap di dalam bacaan bersambung atau berhenti sama ada di dalam satu kalimah atau harf (sendi nama).
Ia dinamakan Mad Lazim (Tetap) ialah kerana bacaannya mestilah dibaca dengan enam harakat tanpa berubah, begitu juga kerana sebabnya iaitu Sukun ketika bacaan sambung dan berhenti.

- Mad Lazim Harfi Muthaqqal ( المد اللازم الحرفي المثقل ) ialah huruf Mad yang disusuli dengan Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah dengan syarat ia bertasydid. Ia dinamakan Harfi ialah kerana terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang berada selepas huruf Mad di permulaan surah. Ia dinamakan Muthaqqal ialah kerana terlalu berat untuk menyebutnya disebabkan terdapat Tasydid pada Sukunnya. Hukumnya adalah wajib dibaca secara Mad enam harakat seperti huruf Lam di dalam kalimah ( الم ).

- Mad Lazim Harfi Mukhaffaf (  المد اللازم الحرفي المخفف ).
Iaitu selepas huruf Mad terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang tidak bertasydid. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana sebutannya terlalu ringan disebabkan ia tidak bertasydid dan tidak berdengung seperti huruf Mim di dalam ( الم ).
Perhatian penting: Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair ( صله سحيرا من قطعك ) dan ia terbahagi kepada empat bahagian: Pertama: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana terdapat huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari tujuh huruf yang terkumpul di dalam bait syair ( كم عسل نقص ) kecuali huruf 'Ain. Bahagian ini dibaca enam harakat dengan sempurna. Kedua: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana huruf Lin terdapat di pertengahannya iaitu huruf 'Ain. Huruf ini harus disempurnakan dengan bacaan enam harakat dan bacaan pertengahan empat harakat. Ketiga: Ejaannya terbentuk dari dua huruf di mana huruf keduanya ialah huruf Mad dan huruf-hurufnya adalah sebanyak lima huruf yang terhimpun dalam bait syair ( حي طهر ).
Bahagian ini dibaca secara Mad Tabi'i dengan kadar dua harakat. Keempat: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana tidak terdapat satupun huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari satu huruf iaitu Alif dan tidak terdapat padanya huruf Mad.

- Mad Lazim Kalimi Muthaqqal ( المد اللازم الكلمي المثقل ).
Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf bertasydid di dalam satu kalimah, hukumnya ia dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan Muthaqqal kerana berat atau susah untuk menyebutnya disebabkan terdapat tasydid pada Sukunnya. Contohnya Alif di dalam kalimah ( الضالين ), dari firman Allah s.w.t ( غير المغضوب عليهم ولاالضالين ).

- Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf  المد اللازم الكلمي المخفف . Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf Sukun yang tidak bertasydid di dalam satu kalimah. Hukumnya wajib dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan dengan Kalimi kerana terdapat Sukun asli selepas huruf Mad di dalam satu kalimah. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana ringan atau mudah menyebutnya disebabkan keadaannya yang tidak bertasydid dan tidak berdengung. Contohnya di dalam kalimah ( أالآن ) di dalam dua tempat surah Yunus ayat lima puluh satu dan sembilan puluh satu malah tidak terdapat di dalam al-Quran selain dari dua tempat tersebut.



SUMBER
:
1. http://ilmutajwid-rizky.blogspot.com/2009/08/qolqolah.html
2. http://ilmutajwid-rizky.blogspot.com/2009/08/mad.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Edy_Hari_Yanto's  album on Photobucket
TPQ NURUDDIN NEWS : Terima kasih kepada donatur yang telah menyisihkan sebagian rezekinya untuk pembangunan TPQ Nuruddin| TKQ-TPQ "NURUDDIN" MENERIMA SANTRI DAN SANTRIWATI BARU | INFORMASI PENDAFTARAN DI KANTOR TPQ "NURUDDIN" KEMALANGAN-PLAOSAN-WONOAYU