Bibliografi dan Latar Belakang Saiyidina Ali bin Abi Talib Karamallahu Wajhah
SAIYIDINA ALI BIN ABI TALIB KARAMALLAHU WAJHAH
 Saiyidina  Ali R.A. bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta  yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia  luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang  tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping  seorang pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan kehandalannya di  antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.
Saiyidina  Ali R.A. bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta  yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia  luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang  tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping  seorang pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan kehandalannya di  antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.Beliau  telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak  yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa  beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq  R.A. Saiyidina Ali Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah  S.A.W. sendiri kerana beliau adalah sepupu baginda yang membesar dalam  asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W. Saiyidina Ali R.A. dilahirkan dalam  Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam. Mula-mula yang  dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah sedang sembahyang.  Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu  mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, "Apa perlunya aku bermesyuarah  dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?
Pada mulanya agama  Islam hanya berkembang di sekitar lingkungan rumah Rasulullah S.A.W.  sahaja, yakni berkisar pada diri Rasulullah S.A.W., isterinya Siti  Khadijah, Ali dan Zaid Bin Haritsah. Pada suatu hari Nabi Muhammad  S.A.W. telah mengundang sekelian sanak saudaranya pada satu jamuan di  rumahnya. Setelah mereka itu datang maka Rasulullah S.A.W. pun  menerangkan kepada mereka itu tentang agama Islam yang dibawanya itu.  Maka Abu Lahab memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang  lain supaya meninggalkan jamuan makan itu. Pada keesokan harinya  Rasulullah S.A.W. mengadakan pula jamuan makan, dan setelah selesai  bensantap, maka bersabdalah Rasul S.A.W.
"Saya  rasa tak ada seorang yang membawa sesuatu yang lebih mulia daripada  yang ku bawa sekarang. Maka siapakah di antara kalian yang akan  menolongku? Tatkala mendengarkan rayuan Rasul itu mereka semua marah  lalu bangkit untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi Ali yang masih lagi  belum baligh ketika itu lantas bangun seraya berkata, "Hai Rasulullah,  akulah yang akan menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang akan  memerangimu , lalu disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil  melihat-lihat Abu Talib dan anaknya itu. Kemudian meneka meninggalkan  rumah Rasul itu sambil mengejek-ejek.
Saiyidina  Ali R.A. pernah benkata, "Aku telah menyembah Allah S.W.T. lima tahun  sebelum disembah sesiapapun dari ummat Muhammad ini. Bahkan beliau  adalah salah seorang yang pertama bersembahyang bersama Rasulullah  S.A.W. Dalam hubungan ini Anas Bin Malik R.A. pernah berkata, "Muhammad  diangkat menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang Ali Bin Abu Talib  sudah ikut sembahyang bersama baginda Rasul pada keesokan harinya.
Abu  Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah  hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk  meringankan beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina  Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja'afar menjadi tanggungannya  sedang Rasul sendiri mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali  Bin Abu Talib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga  Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali  R.A. banyak mengambil tabi'at Nabi S.A.W. dan beliaulah yang terdekat  sekali hubungannya dengan Rasul serta yang paling dicintainya. Demikian  akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau  hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W.  baik di waktu suka mahupun di waktu susah. Pergonbanannya terhadap  Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan selamanya  menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah ummat  Islam.
Tatkala  Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah ke Madinah di atas penintah Allah  S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin Quraisy  yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali R.A.  ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang  sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali  namun Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati,  telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira,  kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk  menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang  dilaksanakannya itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok  bandingannya di kemudian hani.
Setelah  Rasulullah S.A.W. selamat sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya  tibalah pula rombongan Saiyidina Ali R.A. Apakala ramai kaum Muhajinin  sampai di kota Madinah itu, Rasullullah S.A.W. telah mempersaudarakan  antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi anihnya dalam  hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali R.A. dengan  sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali, demikian  sabdanya, "Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku  juga di Akhirat. Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan  Saiyidina Ali dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah S.A.W.  terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali R.A. dengan puteri yang  paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling  utama di syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh  Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tetapi Rasul  menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang bijaksana.
Sebagai  seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda  Rasul, Saiyidina Ali R.A. tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana  peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah  S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam Peperangan  Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang  gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an  lagi. Dalam  peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah  menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali R.A. dimana  beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan  cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui  Nabi S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya  itu tiba-tiba muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A.  seraya baginda bersabda, "Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit  kerana merawati perut Ali yang luka. Dari peristiwa ini dapatlah  dilihat betapa besarnya kecintaan baginda tenhadap Saiyidina Ali R.A.  dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali R.A. dalam menegakkan  kemuliaan Agama Islam.
Dalam  apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., Saiyidina Ali  R.A. tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam  Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan Saiyidina  Ali R.A. untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W. itu  telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum  munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika  tidak demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai  seorang yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang  berasa senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas  beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai  menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda kepadanya,  "Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan  Harun di sisi Musa ?" Mendengankan kata-kata Rasulullah s.a.w yang  menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali R.A.
Perkataan Rasul itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya.
Dalam  Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat  ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah  memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal  untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan  beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya  Rasulullah S.A.W. bersabda"Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan  esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai  oleh Allah dan RasulNya".
Sekelian  panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan  diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak  mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai  Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada  keesokan  harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah S.A.W. lantas  mencari-cari Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak  ada di situ kenana ketika itu Ali R.A. mengidap sakit mata. Kemudian  bersabdalah Rasul "Panggillah Ali ke mari menjumpai saya, Saiyidina Ali  R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap Rasulullah  S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu.  Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun  menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A. Maka benteng yang  sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan  di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.A.
Satu  lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memperlihatkan  kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya  Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam dengan  angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang  lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali  parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai  jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah  pihak musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat  masuk kerana tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus  mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah S.W.T.  turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul dan  menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun  mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.
Semasa  peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musynik Quraisy  telah dapat menyeberangi parit dengan mengenderai kuda. Di antara  mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul  Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba  Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu kekuatan dengan  pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata, "Siapa di  antara kalian yang berani berlawan  denagan aku, silakan!  Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali R.A. yang kemudiannya  terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk melawan pahlawan musyrik  itu. Kata Ali R.A., "Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah, Izinkanlah  saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan sabdanya,  "Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru.
Amru  kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia  mencabar, Saiyidina Ali R.A. telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah  senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu  bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa. Namun  begitu Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan, "Sekalipun dia itu  Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya  menemuinya. Akhinnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan  musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih  berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi  mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah  membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T.  untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.
Tidak  lama kemudian tampillah Saiyidina Ali R.A. ke hadapan. Manakala Amru  melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala Saiyidina  Ali R.A. bertopeng besi lalu ditanyainya:
“Siapa engkau, hai pahlawan?”
Jawapnya, "Ali!”
Tanya Amru lagi, "Ali, anak Abdul Manaf?”
Jawab Ali R.A. "Ali, anak Abu Talib”
Mendengar  nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya untuk  memperkecilkan kehandalan Ali R.A. "Wahai anak saudaraku! Lebih baik  orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu  yang lebih kuat daripadamu. Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku  memandang ayahmu seorang sahabat baikku.
Saiyidina  Ali R.A. lalu menjawab, "Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan  darahmu. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan  mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu benkata,  "Macamana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda.  Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah.”
Mendengar  itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan  untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya  tak boleh lari. Kemudian ía mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali  R.A. yang disambut pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat  daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya tersiat sedang  pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali R.A.  Maka Saiyidina Ali R.A. pun membalas menetak bahu Amru. Ia lalu  tersungkur rebah serta mati di situ juga. Saiyidina Ali R.A. lantas  memekikkan takbir, "Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan  takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya,  sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan kematian  Amru itu kawan-kawannya yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri.
Rasulullah  S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan tugas dalam  pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang  luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W.  telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk  melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu.  Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya  memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus  lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun mengutus pula Saiyidina Ali R.A.  untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan  pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa  Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal Sebagai Harimau Padang Pasir  itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka  berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat melakukan sembahyang  subuh bersama-sama mereka itu.
Setelah  selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun membacakan surat  dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan  sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan  oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah  mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W.  membaca laporan tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai  tanda syukur atas kejadian itu senaya bersabda, "Sejahteralah penduduk  Hamdan.
Selaku  pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah  diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana  beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka  dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W., "Ya  Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup  mengenai hal pengadilan ini.
Mendengar  perkataan Saiyidina Au R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu  dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, "Ya  Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya  dalam soal pengadilan". Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi  Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi  seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saiyidina  Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saiyidina Umar Al Khattab R.A.  selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan  sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan  Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu  keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya berunding.
Demikianlah  beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh  Saiyidina Ali Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika  Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A. tidak mempunyai kesempatan  untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan Muhajirin dan Ansar  di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq  sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan  jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama  sekali tidak menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani  Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah  Rasulullah S.A.W. serta mententeramkan sekelian keluarga Rasul S.A.W.
Permesyuaratan  di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang  kacau tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina  Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada  mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan memberikan persetujuannya terhadap  pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai Khalifah, bukan kerana benci  atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A. bahkan kerana rasa  hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah  S.A.W.  Enam bulan kemudian setelah isteri beliau iaitu  Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu Talib  R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan  Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun  selaku pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina  Ali R.A. di dalam permesyuaratan penting.
Apakala  Saiyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali  R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Saiyidina Umar R.A.  sepertimana yang dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar R.A. Walaupun  diketahui bahawa Umar Al Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat  ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda sering minta bantuan  kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam menyelesaikan beberapa hal yang  sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al  Khattab R.A. tidak suka merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri  oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib.
Setelah  wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke  tangan Saiyidina Uthman Bin Affa'n R.A. Namun begitu Saiyidina Ali R.A.  tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah  Uthman R.A. sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai  Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang  berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan  Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan  sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan  dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang  menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali R.A.  menuduh Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman  Bin Affan R.A. Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama sekali  tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah  Uthman R.A. Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat  terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman R.A.  dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali R.A. segera mengirim  puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah.  Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk  menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta  menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar  khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul  anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana  dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saiyidina  Uthman R.A.
Saiyidina  Ali R.A. akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas  kewafatan Khalifah Uthman R.A. sedang ketika itu sebahagian besar para  sahabat Rasulullah S.A.W. sudah berselerak di pelusok kota-kota di  seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya sebahagian  kecil sahaja.
Setelah  jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali R.A. cuba  bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan  oleh Rasulullah S.A.W.,  Khalifah Abu Bakar R.A. dan  Khalifah Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah  jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang  diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A.  untuk membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman  Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan Umar R.A. telah menghadapi  rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina Uthman R.A.  yang menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa pembunuhan itu.
Disebabkan  adanya golongan yang keras rnenentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin  Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka tenjadilah satu  penbalahan yang sengit antana dua golongan itu.  Satu  pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di  antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina  Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah senta menuntut baginda mengenakan  hukuman tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan  Saiyidina Uthman R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula terlebih dahulu  telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang  pemnah dilantik oleh Khalifah Uthman R.A. atas dasan kekeluargaan.  Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara pihak  Khalifah Ali R.A. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang  terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan yang  panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya telah mati terbunuh  oleh pengikut golongan Khawarij.
Sekian dulu kawan, semoga artikel ini bermanfaat bagi kita semua.. Amin..................
sumber  : Al Hadits 
 








 

 
 




