Bibliografi dan Latar Belakang Saiyidina Utsman ibn Affan ra.
SAIYIDINA UTsMAN BIN AFFAN ra.
 Di  zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa sahabat yang terkenal  kerana banyak mengorbankan harta-benda dan kekayaannya untuk membela  Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang paling terkemuka sekali  ialah Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada beliau ialah  Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain lagi.  Apatah lagi memang Saiyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk Islam  mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga  yang paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak  mengorbankan harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.
Di  zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa sahabat yang terkenal  kerana banyak mengorbankan harta-benda dan kekayaannya untuk membela  Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang paling terkemuka sekali  ialah Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada beliau ialah  Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain lagi.  Apatah lagi memang Saiyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk Islam  mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga  yang paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak  mengorbankan harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.Saiyidina Uthman Bin  Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar Al  Khattab R.A. Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun  lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh  gelaran "Zun Nurain yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya  ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang  puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya  semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula  dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah  s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua itu  pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada  anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu.
Sahabat  besar ini termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam. Beliau  datangnya dan suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali  tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w., iaitu puak  Umaiyah. Menurut catatan sejarah, Saiyidina Uthman Bin Affan termasuk  orang kelima diajak oleh Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq untuk memeluk  Islam. Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat  dicintai oleh Rasulullah s.a.w. kerana kemuliaan dan kehalusan  budipekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A.  terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budiperkertinya,  sangat penyantun, lemah lembut lagi pemalu. Sebagai memperlihatkan  kecintaan dan penghargaan Rasulullah s.a.w. kepadanya itulah maka beliau  telah menjadi pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan puteri-puterinya  seorang demi seorang selepas meninggal seorang lepas satunya. Sebagai  memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda  kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman. Memang Rasulullah  s.a.w. biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya  dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa  Saiyidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda pun  mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya  yang disegani sendiri oleh para malaikat.
Dalam  suatu riwayat lain adalah dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah  bersabda, "Saya bermohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorangpun yang  pernah menjadi menantuku atau menjadi mertuaku dimasukkan ke dalam  neraka. Hal yang demikian itu tercapai oleh Saiyidina Uthman R.A. kerana  Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Tiap-tiap Nabi mempunyai teman, dan  Uthman adalah temanku di dalam syurga.
Ketika  suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan  kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum  Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan  hijrah ke Abyssinia. Saiyidina Uthman R.A. berserta isterinya adalah  termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu. Beliau  tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang ditinggalkannya itu  kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha  untuk menegakkan agama Allah. Sekembalinya beliau dan Abyssinia, beliau  pun tinggallah di kota Mekah buat sementara waktu. Kemudian beliau telah  melakukan hijrah pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah s.a.w. yang  telahpun lebih dahulu berhijrah di kota tersebut.
Setelah  berada di Madinah, Saiyidina Uthman R.A. pun mulalah menjalankan usaha  perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun  demikian beliau tidak teragak-agak sedikitpun bagi mempergunakan seluruh  kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan  kesucian Islam. Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan  Saiyidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. Di zaman permulaan  perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan  air, lalu Saiyidina Uthman Bin Affan telah membeli sebuah kolam yang  bernama Bir Ruma dan seorang Yahudi. Pada saat itulah Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Barangsiapa yang antara kamu yang membeli sumur Ruma lalu  dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta ia menimba air  sumur tersebut maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan  menyediakan tempat minuman baginya dalam syurga. Begitu juga tatkala  Masjid Madinah rnenjadi terasa sempit sebab semakin banyaknya orang yang  bersyalat di dalamnya, maka dengan spontan Saiyidina Uthman membeli  lima rumah yang sederet di samping masjid untuk dibongkar, kemudian  dibangunkan tambahan masjid agar menjadi lebih luas dan besar lagL
Selain  daripada pengorbanan harta benda, Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. juga  adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah s.a.w. dalam  berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga  pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam  hijrah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka tidaklah  menghairankan kiranya beliau tergolong salah seorang yang paling  diridhai oleh Rasulullah s.a.w. pada waktu wafat baginda.
Selain  memiliki sifat pemalu, Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat  akrab Rasulullah s.a.w. yang masyhur dengan sifat waraknya, kuat  beribadat dan amat taqwa kepada Allah, dia mengerjakan segala perintah  Allah dan sekali-kali tidak melanggar larangan Allah. Pada tiap-tiap  tahun beliau menunaikan ibadah Haji dan dalam sepanjang tahun pula  beliau berpuasa setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah  berpuasa. Beliau sangat mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan  sangat bertimbangrasa dan kasih mesra kepada mereka. Beliaulah juga  seorang sahabat yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan  Allah, bila beliau mendengar bacaan Qur'an darihal azab api neraka maka  air matanya bercucuran keluar oleh rasa takutnya.
Khalifah  Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai Khalifah apabila wafatnya  Saiyidina Umar Ibnul Khattab apakala beliau menyatakan kesanggupannya  secara tegas kepada AbduIl Rahman Bin Auf yang bertindak sebagai  formatir. Beliau ialah seorang sahabat yang tua tatkala dilantik  menjadli Khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Beliau seorang yang  bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam  menjalankan pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan Saiyidina Abu  Bakar dan Saiyidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum  daripadanya, mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi  sesuatu masalah dalam zaman pemerintahannya. Pada masa zaman  pemerintahannya, keadaan pemerintahan Islam dan semasa ke semasa mula  menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman peralihan dan  kehidupan asal orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu dan pada  zamannyalah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil  penaklukan negeri-negeri yang baharu.
Dalam  zaman pemerintahannyalah orang-orang Islam mula merasa hidup mewah dan  menerima kemakmuran. Mereka yang menghadiri majlis-majlis jamuan  Khalifah Uthman pada zaman itu melihat perbezaan besar jika dibandingkan  dengan jamuan yang diadakan pada zaman Khalifah Umar. Sebagai seorang  Khalifah beliau merasa bahawa rakyatnya berhak menikmati hidup yang  makmur itu, tetapi beliau tidak membenarkan kepada orang-orang Islam  bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga melanggar hukum  Allah. Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat Rasul keluar  meninggalkan bandar Madinah hermastautin di wilayah-wilayah yang baharu  diperintah oleh pemerintah Islam. Pemergian mereka itu tidak dilarang  oleh Saiyidina Uthman. Jikalau pada zaman pemerintahan Khalifah Umar  para sahabat tidak dihenarkan keluar dan bermastautin di negeri-negeri  yang baharu diperintah oleh orang-orang Islam, tetapi pada zaman  Khalifah Uthman R.A. tegahan itu dihapuskan. Saiyidina Uthman tidak  begitu mengambil berat terhadap gabenor-gabenor Islam yang memerintah di  wilayah-wilayah Islam khususnya mengenai perjalanan mereka, untuk  menjaga nama baik mereka dan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara  yang mungkin menimbulkan fitnah. Berlainan dengan Saiyidina Umar R.A.  yang sangat mengambil berat tentang kedudukan wakil-wakilnya yang  memerintah.
Pada  zaman peinerintahan Saiyidina Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya  beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya. Timbulnya  peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah disebabkan oleh kecuaian  Saiyidina Uthman ataupun kerana beliau sengaja meringan-ringankan hukum,  bahkan hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas siapa  juga yang bersalah yang melanggar larangan Agama Islam. Tetapi  bagaimanapun percubaan-percubaannya itu tidak menghasilkan hasil yang  baik berlainan dengan apa yang dijalankan oleh Saiyidina Umar Ibnul  Khattab dalam masa pemerintahannya dan mi menyebabkan fitnah-fitnah  makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang ramai.
Satu  perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina  Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain  terutama oleh kaum keluarganya sendiri. Mereka itu pernah mencampuri  urusan pemerintahan terutama salah seorang keluarganya yang hernama  Marwan Bin Hakkam. Perbuatannya yang membiarkan keluarganya campur  tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota  keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa  tak puashati di kalangan penduduk Madinah khasnya dan rakyat Islam  umumnya.
Selain  daripada itu ada lagi beberapa perkara yang dilakukan oleh Saiyidina  Uthman yang telah menimbulkan rasa tak puashati orang-orang Islam pada  masa itu. Salah satu danpada perkara-perkara itu ialah keputusan  membenarkan bapa saudaranya Al Hakam Bin Abi Al As dan beberapa orang  keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al Hakam telah dipenintah  keluar dari Madinah kenana sikap penmusuhannya terhadap Rasulullah  s.a.w. dan Saiyidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa  hayatnya lagi meminta baginda membenarkan bapa saudaranya itu kembali  tetapi Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan permintaannya itu hingga pada  zaman Saiyidina Abu Bakar R.A. dan Saiyidina Umar R.A. dia tidak  dibenarkan juga kembali. Apabila Saiyidma Uthman dilantik menjadi  Khalifah bapa saudaranya itu dihenarkan kembali ke Madinah., bukan  setakat itu sahaja namun apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya  dan anaknya yang bernama Al Hanith dilantik pula menjadi pegawai  menjaga tempat-tempat perniagaan di Madinah. Sementara perlantikan  Saiyidina Uthman ke atas anaknya Al Hakam yang bernama Marwan menjadi  sebagai menteni kepadanya itu dikecam hebat juga oleh orang-orang Islam.  Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah perlantikan itu  tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyidina Uthman. Mengenai pengkembalian  bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina Uthman memberitahu  sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah  s.a.w. dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian.
Selain  daripada itu orang-orang Islam merasa tak puas hati juga tenhadap  pemecatan yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai  yang dilantik pada zaman Saiyidina Umar Ibnul Khattab dan digantikan  dengan orang-orang baru dari kaum keluarganya. Perkara-perkara seperti  yang tersebut itu berlakunya di Madinah pusat pemerintahan Islam pada  masa itu. Sementara di lain-lain wilayah Islam tak sunyi juga daripada  adanya golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan tak puas hati  terhadap Saiyidina Uthman R.A. Pemenintahan Saiyidina Uthman itu mula  menempuh satu percubaan yang besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah  di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang  lain. Tatkala itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba,  seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan  kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk  memecah belahkan kaum Muslimin sesama sendini.
Seonang  sahabat yang tenkenal bennama Abu Zar juga telah menentang hebat  pemerintahan Saiyidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas  Khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil  Khalifah memerintah kota Damshik. Di negeri Syam Abu Zar telah termakan  hasutan dan Abdullah Bin Saba lalu menentang Muawiyah kerana menurut  pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya  adalah kepunyaan Allah bukan kepunyaan onang-orang Islam seolah-olah dia  bercadang tidak akan membahagikan harta baitulmal kepada orang ramai.  Inilah hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba kepada sahabat  tenkenal iaitu Abu Zar yang memang berjiwa militan dan keras itu.  Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar itulah maka akhinnya Saiyidina  Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Zar Al  Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah.  Di tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke  atas Saiyidina Uthman R.A. hingga akhin hayatnya beliau meninggal dunia  pada tahun 31 Hijrah.
Sementara  itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin  Saba untuk memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya di  Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang  ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh  sesiapa sebelum itu bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan  seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. Di Mesir  Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah  menyokong gerakan Abdullah Bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian  kerabat antaranya dengan Saiyidina Ali R.A. iaitu sebagai anak tiri  kepada Saiyidina Ali Bin Abu Talib yang beristerikan balu Saiyidina Abu  Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais ibu Muhammad Bin Abu Bakar. Muhammad  Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saiyidina Uthman kerana  sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada  Abdullah Bin Saba, gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu  Bakar dan juga membunuh sekelian orang yang menyokong Muhammad sama ada  dan golongan Muhajirin ataupun dan Ansar.
Kesudahannya  golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang  datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu membuat satu pakatan  menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan meneka kepada  Khalifah. Apakala mereka dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak  dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah maka mereka pun melakukan  kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan. Setelah beberapa  hari melakukan kepungan, mereka akhirnya merempuh masuk lalu membunuh  Khalifah Uthman Bin Affan yang tenkenal kenana sifat sabar dan santunnya  itu. Ketua pemberontakan itu bernama Al Ghiffari telah memukul  Saiyidina Uthman dan kemudiannya diiringi pula oleh tetakan dengan  pedang dari seorang pemberontak lain, pukulan mana disanggah oleh isteni  Saiyidina Uthman bernama Naelah dan kena pada jari tangannya lalu  putus. Akhinnya Saiyidina Uthman mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun  35 Hijrah dan akibat dan kewafatannya itu maka bermulalah babak-babak  yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam.
 








 

 
 



Tidak ada komentar:
Posting Komentar