Bibliografi dan Latar Belakang Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq ra
Nama  Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi  sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang  dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W.  Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda  dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat,  ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika  berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar  dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat  terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Nama sebenar Saiyidina  Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau  adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga  bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum  memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar  Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana  yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Dan segi umur,  Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah  S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul  lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat  besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk  menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya  pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa  Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina  Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu  adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata  mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik  suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan  sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina  Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.
Kata Saiyidina Abu  Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu  Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin  membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid. Dia berkata kepadaku:
"Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.
"Benar, “jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?”
"Benar,” ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?”
"Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya.
Orang tua itu terus  menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari  tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku  lihat perutmu?
Maka pada ketika itu  aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak  nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.
Maka ujar orang tua  itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi  Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua onang  sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur.  Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan  menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separoh  umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya  dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan  perlihatkan kepadaku.
Maka sesudah dia  berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah  tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan  yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu  pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk  beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan  negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk  mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya,  "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?
"Boleh sahaja, “jawabku.
Setelah itu aku pun  membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para  pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu  yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?
Jawab mereka, "Si yatim  Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau  hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya  yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Kemudian aku pun  meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui  Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan  telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan  terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!
Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.
Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!
Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya aku berkata,  "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada  Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya  Pesuruh Allah.
Demikianlah kisah indah  yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan  memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang  beriman kepada Rasulullah S.A.W.
Keislaman Saiyidina Abu  Bakan Al-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan kaum  bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa  orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman  Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak  langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A.  telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang  paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai  memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A.,  dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul  dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah  suatu hari menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling  tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah  bapanya.
Selain daripada itu  Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang terkenal  kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan  penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan  sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakar Al-Siddiq dengan iman sekelian  ummat maka berat lagi iman Abu Bakar. Demikian teguhnya iman Saiyidina  Abu Bakar R.A. demi apakala kita memperhatikan pengertian yang  terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu. Gelaran  AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakar R.A.  adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam  membenarkan serta membela diri Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat  manusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti pula  tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak beberapa lama  setelah memeluk agama Islam, Saiyidina Abu Bakar yang terkenal sebagai  saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan  meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap  kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam  bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana kegiatannya maka Agama  Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy yang  lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan  seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan,  orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga  telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang  hamba yang dibelinya lalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam  sejarah ialah Bilal Bin Rabah.
Tatkala Nabi Muhammad  selesai melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang  mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi  menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa pendapatnya  tentang dakwaan Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan  mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya  Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal  pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu  Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu?  Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad  berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu  mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa  Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam  semalam tadi? Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya!  Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita  dari langit yg diberitakannya baik pada waktu siang mahupun  di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama  itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa  oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau  telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, entinya  yang benar.
Dan memanglah tidak  menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan  Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur  manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu berkata benar, tak pernah  bohong; orang amin. Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya  yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesuruh Allah  Yang Maha Kuasa, menerima wahyu danipada Tuhannya. Beliau sudah  bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada  sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala keadaan  kekejaman orang-orang musynikin Quraisy terhadap kaum Muslimin yang  sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad  S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di rumah Saiyidina Abu Bakar  R.A. untuk mencari jalan keluar daripada kesulitan yang sedang dihadapi  oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan  kepada Saiyidina Abu Bakar R.A. bahawa Allah S.W.T. telah memerintahkan  baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Saiyidina Abu  Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan  perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu Bakar R.A.  menyambut permintaan Rasulullah S.A.W.
Dari pintu belakang  rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saiyidina  Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang diberi nama  Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A.  diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh  dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi, maka pada saat  itu turun ayat suci Al Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji  Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi s,a.w.  dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan  situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul  berkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?
Kemudian Rasulullah  S.A.W., diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan  Saiyidina Abu Bakar, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita  masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil  menunjukkan ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke  belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang  ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama  sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu  bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi  yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau  pernah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya  sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa.  Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur  ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan  dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan antara dua orang  sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam Surah  At-Taubah ayat 40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia  diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan  berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad)  berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita;  sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan menurunkan ketenanganNya  kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan  Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan  perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan  Bijaksana.
Demikian satu lagi  keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AL Siddiq sebagai seorang sahabat yang  sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah  dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai  jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua  peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang  menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan  harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban  harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah  habis dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah  Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong orang yang paling  murah hati dan dermawan sekali.
Dalam Perang Tabuk  misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin  agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah  Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu  meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya  harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu  maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal sahabatku yang  budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan apa lagi yang  akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan Rasulullah  S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang  sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan  RasulNya.
Demikianlah kehebatan  jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang  memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya  pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah  bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda  Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq. Tepatlah juga  tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat ditimbang  bersama iman Saiyidina Abu Bakar R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu  Bakar R.A. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah  ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab Rasulullah s.a.w
Pada suatu ketika di  saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa  kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih  ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak  akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan...  Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar  R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan terharu sebab beliau  mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut  ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir.  Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para  sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul  hampir dekat.
Keunggulan beliau dapat  dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana  ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada  kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri  telah diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka umum sambil  mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda  telah wafat. Ujar Umar r.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi  menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah  menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang  semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu  berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah.  Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan  segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang  benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa  lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti  Aisyah dan di sanalah beliau dapati tubuh Rasulullah S.A.W. terbujur di  satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan  mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika  hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun  keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata  dengan nada yang keras:
"Wahai kaum Muslimin!  Barang siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi  barang siapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak  mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dari Al Qur'an:
"Muhammad itu tidak  lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya.  Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa  yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan  sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang  bersyukur.
Sejurus sahaja  mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga  barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi  mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin  tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah  turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan  mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke  Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang  difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan  Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.
Ketika Rasulullah  S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang  patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah  lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiydina Abu  Bakar Al-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh  Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat sekali  kerana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak  sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari  para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh  baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam  sembahyang tatkala baginda sedang uzur.
Setelah dipilih oleh  sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun  memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya baginda berkata:
"Wahai sekelian ummat!  Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang  yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka  sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di  antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya  mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah  pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di  sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah  kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika  aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk  memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin  benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini.  Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang  telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat  memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat  kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari  kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak  ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.
Ini adalah satu  pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat  jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur  ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya. Baginda hidup  seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah  diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah  Allah! Baginda dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya:
"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!
Adalah diriwayatkan  bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih  sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar R.A. kelihatan membawa barang  perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati  baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu  mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh  dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan  apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian  sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun  kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk  bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari harta  kerajaan.
Keadaan ini mendapat  perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya  buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal.  Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha  perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk  mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai  seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda  hanya menerima peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu  kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak  dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya  baginda telah memerntahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali  kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan Abu Bakar  R.A. juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada  orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang  perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat  kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan  baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat  diri dan keluarganya.
Sebelum baginda wafat,  kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar jangan  menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang ke rahmatullah,  melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk  membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu  Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan Saiyidina Umar R.A. apa yang  dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana cintanya kepada  Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu tidak  mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun yang demikian itu amat  berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar  Ibnul Khattab R.A.:
"Dengarlah hai Umar!  Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan  kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada  esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al  Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besarnya  dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah  melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang  wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia  ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku  melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan  mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah jadi  lautan api.
Dalam masa  pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq yang  memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas  pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah  berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala  kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap  janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah  terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang  abadi.
Sungguh kehidupan  Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah penuh dengan nasihat, penuh dengan  ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun  pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan  kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang  penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara  keagungan Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri riwayat  pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada  negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq, lalu pulang ke  rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63  tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid  Madinah. Semoga riwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat  yang murni bagi sekelian kaum Muslimin.
 








 


 
 



Tidak ada komentar:
Posting Komentar