| KISAH NABI IDRIS a.s. | 
Allah s.w.t berfirman: 
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِدْرِيسَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا
Waadzkur fiil kitaabi idriisa innahu kaana shiddiiqan nabii-yan
وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا
Warafa'naahu makaanan 'alii-yan
"Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang  tersebut)di dalam Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang  sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan Kami telah  mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57) 
Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia  diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan  yang tinggi. 
Menurut dongeng kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah  seorang pahlawan Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala.  Izis, isterinya memainkan peranan penting dalam mengembalikannya  pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber yang otentik yang  dapat kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris. 
Barangkali Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan  diutus di Mesir, lalu Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi  Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu  dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan.  Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu. 
Yang jelas Al-Qur'an al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang  berhubungan dengan Nabi Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa beliau  adalah seorang yang jujur, yang terpercaya, dan seorang Nabi. Allah  s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya. ? 
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail 
Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan  bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini  untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku  datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada  Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan  kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris  "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan  kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah  kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail  sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan  mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat  Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat  Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas  kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah  menghidupkan kembali Nabi Idris a.s. 
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi  Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai  saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s  "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang  hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan  begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit." 
Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa  yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi  pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan  engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh  beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat  belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang  yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh  pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah". 
Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman:  "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s".  Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris  kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah  untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada  neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan  kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka  tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut.  "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin  melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah,"  maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam  syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut  untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga. 
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat  dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga  tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya  berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan  sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang  didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka  mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk  syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di  tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam. 
Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya,  kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian  Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di  bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada  Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga  di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka  Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka  berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga.  "Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu  keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan  sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah  s.w.t berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian  kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah  memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan  tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga). 
"Siapakah  yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada  malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah  memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris)  tergolong ahli dan penghuni syurga."                                         
Dan Allah  telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya  yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi  Idris a.s dan seterusnya."                            
 








 
 
 



Tidak ada komentar:
Posting Komentar